Kerjaya muzik Eira Syazira

Selain bidang lakonan, Eira juga berbakat dalam bidang muzik.[12] Beliau pernah merakamkan lagu "Istana Cinta" untuk drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Balqis,[12] beliau melancarkan album sulungnya bertajuk Di Hati Ini terbitan syarikat rakaman FGM. Biarpun sedia maklum industri muzik pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan, namun bagi Eira, beliau percaya setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Menjadikan penghibur ternama negara, Datuk Sheila Majid sebagai idolanya, Eira tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata masyarakat yang cuba memperlekehkan bakat nyanyiannya.[12] Menyedari untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukanlah satu proses yang mudah, Eira telah menghadiri kelas vokal di bawah bimbingan Siti Hajar Ismail. Selepas mengikuti beberapa kelas bersama guru vokal ternama itu, barulah Eira sedar bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.[12]

Rujukan

WikiPedia: Eira Syazira http://www.budiey.com/eira-syazira-insaf-dalam-dra... http://www.budiey.com/eira-syazira-muncul-dengan-a... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.imdb.com/name/nm4153695/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt...